FAQ

Soalan dari pengguna


Soalan dari pengguna

Back to top
Q : Apa itu rumpai laut?
A : Sejenis tumbuhan herba yg tumbuh secara terapung didalam laut. Banyak terdapat di Semporna atau Sabah kerana ia sebahagian daripada projek kerajaan malaysia.
 
Q : Apa khasiat rumpai laut?
A : Untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, mengurangkan risiko penyakit2 kronik kerana rumpai laut mempunyai banyak kandungan mineral yg diperlukan badan manusia.
 
Q : Tak ada kesan sampingan selepas memakan rumpai laut?
A : Penternakan rumpai laut tidak menggunakan apa-apa baja atau racun kimia. Ia dibiarkan tumbuh sehinggga matang sebelum di pungut. Rumpai laut yg dipungut akan dijemur atau stim sehingga kering, kemudian dijual. maka, tiada apa-apa campuran bahan kimia,perisa,pengawet atau perwarna tiruan.
Tiada kesan sampingan.
 
Q : Adakah sesiapa sahaja boleh memakan rumpai laut ni?
A : Lelaki dan perempuan kecuali perempuan baru mengandung atau lepas bersalin dan kanak-kanak bawah 2 tahun.
Bagi kanak-kanak bawah 10 tahun hadkan pengambilan 1-2 sudu sehari sahaja.
 
Q : Kenapa rumpai laut berubah warna dan ada kristal putih?
A : Kristal putih adalah garam laut, ia akan hilang apabila dicuci. Warna rumpai laut berubah berperingkat-peringkat tetapi jangan risau, khasiat tetap sama.
 
Q : Harga rumpai laut kuning dgn ungu sama?
A : Stok yg saya jual,harga tak sama. harga stok ungu sedikit tinggi kerana sukar untuk dapatkan rumpai laut ungu dari pembekal. stok terhad dan harga dari pembekal pun lebih tinggi utk rumpai laut ungu.
 
Q : Beza rumpai laut ungu dgn kuning?
A : Rumpai laut ungu lebih banyak khasiat berbanding rumpai laut kuning kerana rumpai laut ungu diproses secara semulajadi. rumpai laut kuning diproses secara stim menyebabkan khasiat berkurangan.
 
Q : Rumpai laut ungu berbau?
A : Ada sedikit bau tetapi bau akan hilang selepas di cuci atau di rendam.
 
Q : Berapa lama rumpai laut belum dimasak boleh bertahan?
A : Setahun lebih jika tidak bercampur dengan apa-apa bahan atau cecair.
 
Q : Bagaimana cara guna rumpai laut ni?
A : Kaedah pertama; rumpai laut dimasak
  • Cuci beberapa kali.
  • Rendam semalaman (lebih kurang 3-5jam).
  • Kemudian cuci lagi beberapa kali.
  • Rebus dgn air biasa, nisbah untuk 100gram = 2 ke 2.5 liter air.
  • Masak dgn api perlahan dan kacau sehingga rumpai laut hancur, lebih kurang 20-40minit.
  • Biarkan kolagen sejuk dan simpan dlm peti ais.

Cara guna
  • Masuk 2-3 sudu ke dalam apa-apa sahaja minuman, contohnya air Sunquick, Ribena, ABC, Cendol, Laici¬†Kang, Bandung, dll. Amalkan 3 kali sehari sahaja,¬†jangan ambil minuman berkafein dan berkarbonat,¬†jangan ambil secara berlebihan, boleh sakit kepala dan sakit perut.
  • Gunakan 1-2 sudu utk sapu dimuka sebagai masker, biarkan sehingga kering (lebih kurang¬†20minit) dan cuci. Amalkan 3 kali sehari.¬†
  • Boleh disapu di mana-mana anggota badan seperti lengan, bahu, leher atau tumit kaki bagi kulit¬†mengelupas. Ia berkesan utk melicinkan kulit, menghapuskan jerawat dan melembutkan kulit. Seeloknya sapu sebelum¬†mandi, bila dah kering (lebih kurang 20 minit), boleh dibersihkan.

Kaedah kedua; makan secara mentah
  • Basuh rumpai laut beberapa kali
  • Rendam dengan air panas lebih kurang 30 minit-1 jam, jangan rendam terlalu lama, rumpai laut akan¬†hancur.¬†
  • Kemudian, basuh rumpai laut yang telah direndam.

Hadkan rumpai laut yg ingin direndam untuk sehari pengambilan sahaja. Jangan rendam terlalu banyak sebab rumpai laut tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak.

Cara guna
  • Potong halus dan masukkan sedikit dalam apa-apa sahaja air minuman.
  • Potong halus dan masukkan dalam apa-apa sahaja sup
  • Potong halus dan buat kerabu

Rumpai laut yang tidak dimasak tidak boleh dibuat masker atau sapu di badan. Kena berhati-hati dengan kuantiti pengambilan. jika diambik terlalu banyak boleh sakit perut dan sakit kepala.
 
Q : Berapa banyak rumpai laut sekali masak?
A : Terpulang pada pengunaan. Cadangan yang boleh dibuat panduan, 
  • untuk 50 gram rumpai laut + 1liter air menghasilkan kolagen yg boleh digunakan selama 1-2minggu¬†
  • untuk 100 gram rumpai laut + 2liter air menghasilkan kolagen yg boleh digunakan selama 2-4minggu.
 
Q : Berapa lama rumpai laut yang siap dimasak boleh bertahan jika simpan didalam peti sejuk ?
A : Lebih kurang 3 minggu, jika terlalu lama tindakkan bacteria akan bermula dan ia akan berkulat.
 
Q : Bagaimana rasa rumpai laut?
A : Tawar dan sedikit hanyir. Untuk kurangkan hanyir, rendam dengan daun pandan atau masukkan sehelai daun pandan semasa memasak. Boleh juga diperah limau.