Resepi Rumpai Laut

Perhatian: Utk mengurangkan rasa hanyir rumpai laut, rendam rumpai laut dgn daun pandan atau asam keping atau letak sehelai daun pandan semasa memasak rumpai laut.

Sambal rumpai laut

  1. 1/2 biji kelapa parut
  2. Bawang merah dihiris
  3. Bawang putih dihiris
  4. Lada hitam ditumbuk
  5. Ikan kembong.Direbus dan diambil isinya.
  6. Serai dihiris
  7. Garam dan gula
  8. Rumpai laut yg telah direndam dan potong halus
  9. Gaulkan ke semua bahan2 di atas, siap.

Kerabu rumpai laut

  1. Mangga muda, potong halus
  2. Bawang besar dihiris
  3. Tomato dihiris
  4. Limau nipis
  5. Cili padi
  6. Garam, gula dan sos ikan
  7. Rumpai laut yg telah direndam dan potong halus
  8. Gaulkan ke semua bahan2 di atas, kemudian perah asam limau dan siap.

CONTOH PENGAMBILAN

  1. KOLAGEN SIAP MASAK - Ambil 2-3 sudu kolagen yg disimpan dlm peti ais dan campurkan dlm minuman kegemaran anda.
  2. MASAKAN - Sediakan rumpai laut yang telah dibersihkan , campurkan dalam masakan sup.
  3. MINUMAN - Sediakan rumpai laut yang telah dibersihkan, telah direndam dan dipotong halus. campurkan dalam apa jua jenis perisa kesukaan seperti air buah, abc, cendol dll.
  4. MASKER - sapukan kolagen siap dimasak pada muka, biar sehingga kering dan cuci.Amalkan 2-3 kali sehari.
  5. BOLEH disapu di lengan, bahu, tengkuk, atau tumit kaki yg pecah. Boleh juga di campur dlm air mandian.Amalkan 2-3 kali sehari.

Rumpai laut boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. amalkan memakan rumpai laut mentah setiap hari untuk hasil terbaik.